Thursday 29 April 2010

Past love chapter 3

Hafiz membezakan rantainya dengan rantai Yumi. Memang sama 100%. Lagipun rantai itu adalah rantai yang tidak berjual lagi.

"Siapa nama depan awak?" kata Hafiz.

"Amal, why?" Yumi membalas sambil meminum Milo. Tiba - tiba Syakirah menyampuk.

"Dari dahulu Milo selalu menjadi kegemaranmu XD"

"Maklumlah, Milo mengingati aku terhadap seorang kawan" Yumi melihat langit dengan air mata yang menitis, "Aku ingin melihatnya lagi. Tapi dia berada di mana? Aku tau tiada seorang pun yang faham perasaan saya"

Syakirah terharu lalu memeluk Yumi. Hafiz yang mendengar teringat tentang kisah lamanya jugak.

"Saya pun ada teman seperti awak dahulu. Teringin sangat nak menjumpainya" Hafiz cuba menyedarkan Yumi.

Yumi tidak melayan Hafiz. Tiba - tiba muncullah Faiz dengan geng nya. Dan saat itu lah hafiz mengetahui bahawa Yumi ialah 'girlfriend' Faiz. Di luar nampak Hafiz tersenyum padahal dalam hati kecewa.

Beberapa hari kemudian, Yumi dan Syakirah pergi ke Mall gadong lagi. kali ini mereka membawa Hafiz dan saat itu Hafiz sudah 'couple' dengan Syakirah.

Di Mall, Hafiz dan Syakirah dating bersama - sama manakala Faiz pula breakdance dengan kawan - kawannya. Yumi hanya duduk memerhatikan tingkah laku Faiz. Kadang - kadan boring juga ada boyfriend seorang bboy, cetus hati kecil Yumi.

Tiba - tiba, Hafiz ternampak sebuah teddy - bear berwarna brown. Tiba - tiba Hafiz teringat sesuatu lalu menitiskan air mata....

Bayangan Hafiz..

"Ikmal Ikmal! Lariiiii!!!!!!!!!!! XD" Lisa berteriak.

"Ya Lisaaaaaaaaaa" Ikmal pun berlari dan menangkap Lisa. Teddy - bear Lisa terjatuh ke longkang. Lisa pun menangis.

"Jangan menangis, esok saya belikan yang baru" Ikmal kata. Pada keesokan harinya, Ikmal membawa teddy - bear. Lisa pun mengambil dan memeluk Ikmal.

" Ini baru sahabat saya! "

" Saya akan terus menemani awak selamanya dan janji takkan berpisah" Lisa senyum nipis.


"Hafiz?" Syakirah mengoyangkan badan Hafiz.

"Oh yaa. Dh angan - angan rupanya" Syakirah gelak. Mereka pun ketawa, tetapi Hafiz cuba menyembunyikan air matanya...

Wednesday 28 April 2010

Past love chapter 2

Mereka berdua, Ayumi dan Syakirah pun ke depan menemui kawan mereka, Faiz. Faiz duduk - duduk di bangku kerusi sambil mengunyah pop - corn bersama teman - temannya. Ketika Faiz memandang ke belakang, dia terkejut melihat mereka berdua dah datang.

"Sejak bila awak datang? berjanggut saya menunggu kamu berdua" kata Faiz.

"Alah, tadi Syakirah akhir bangun. Sebab itu akhir. Apalagi, masuk lah ke Mall." jawab Ayumi.

Setelah masuk, mereka berjalan ke restoran 'foodcourt' dan makan bersama - sama di sana. Kemudian mereka berjalan lagi, akhirnya mereka sampai ke sebuah ' arcade '. Mereka berpecah, Syakirah bersama kawan Faiz, Akief dan Faiz bersama Ayumi. Faiz membawa Ayumi menyanyi.

"Tak mahulah, saya bukan pandai nyanyi pun" jawab Ayumi yang tidak berapa gemar menyanyi.

"Tak apalah, mari saya nyanyi dulu" Faiz memegang 'microphone' dan menyanyikan lagu 'baby' nyanyian Justin Bieber. Suaranya lantang membuatkan Ayumi terpikat.

"Sungguh merdu suara awak" kata Yumi yang tersenyum melihat Faiz. Faiz hanya tersenyum nipis. Mereka pun keluar dari sana dan mencaru Syakirah dan Arif. Kelihatan mereka berdua sedang bermain, Faiz mengambil kesempatan itu untuk mengatakan sesuatu kepada Yumi.

"Saya ada sesuatu untuk di cakapi" badan Faiz sebenarnya kejar - kejar apabila bercakap tentang itu tetaoi dia cuba menahannya,

"Apa?" Yumi jawab sambil mengunyah coklat 'Snickers'

"Saya sebenarnya suka awak," Faiz memegang tangan Yumi. "Bolehkah awak menjadi milikku?"

Yumi menganguk kepalanya. Faiz pun gembira hendak memeluk Ayumi tetapi Yumi mengelak. Kemudian kelihatan lah Syakirah dan Akief.

"Ada sepasang kekasih baru di sini" Syakirah menyindir.

"Yeap" Ayumi membalas dengan beraninya.

Masa cepat berlalu, tibalah masa besok....


Di kelas Faiz, ada murid baru bernama hafiz Ikmal. Ketika cikgu sudah keluar, Faiz mengambik kesempatan untuk berkenalan dengan Hafiz. Tiba - tiba Faiz terlihat sesuatu di poketnya, rantai yang hampir sama di pakai oleh Yumi. Tetapi Faiz hanya mengendahkannya.

Sewaktu rehat, mereka pun keluar berjumpa Yumi dan Syakirah. Syakirah nampaknya jatuh cinta dengan Hafiz. Mereka ke kantin bersama - sama. Yumi dan Faiz berpegangan tangan.

Tiba - tiba, Hafiz terlihat rantai Yumi. Hafiz mengambil rantainya...

Tuesday 27 April 2010

Past love

Hey, my other story ^^

Ketika darjah dua...

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat. Kantin pun sudah ramai murid - murid yang berebut membeli makanan. Kelihatan dua orang kanak - kanak sedang membeli.

"Ini dia Milo untuk kamu, Lisa." kata seorang budak lelaki bernama Ikmal.

"Terima Kasih Ikmal." kata Lisa. Lisa ialah sahabat Ikmal sejak darjah Pra. Mereka berada dalam kelas 2B.

Mereka pun ke taman dan duduk bersama - sama. Ikmal meminum Oren manakala Lisa meminum Milo. Mereka pun bercerita.

"Ikmal, jom main! Mana Wana? Lisa mahu main sama Wana" kata Lisa dengan penuh semangat dan kegembiraan.

"Okay. Wana hari ini tidak hadir. Kita saja main okay"

Lalu mereka pun bermain kejar - kejaran. Tiba - tiba Milo Lisa tergugur di kasut Dina. Dina pun marah lalu membuli Lisa. Ikmal yang sedang berlari pun berhenti lalu pergi menyelamatkan Lisa.

"Hey Dina. Pergi dari Lisa!" teriak Ikmal. Dina terkejut lalu lari. " Awak tidak apa - apa Lisa?"

" Tak, terima kasih Ikmal. Awak sahabat terbaik saya." jawab Lisa

"Tidak payah berterima kasih. Saya pasti akan menyelamatkan awak dari segala kesusahan." Ikmal kata.

Mereka pun balik ke kelas. Seminggu kemudian, Ikmal dikhabarkan tidak lagi lama akan pindah kerana mengisi jawatan kosong di sana. Lisa yang mendengarnya terkejut dan berlari ke tempat Ikmal. Lisa pun bertanya yang benarkah khabar itu.

" Ya, maaf Lisa saya meninggalkan awak. Nah rantai ini, pakailah selalu untuk mengigati selalu" kata Ikmal sambil menadahkan satu rantai 'heart'. Lalu Ikmal mematahkan nya menjadi dua.

"Ikmal... Baiklah saya akan memakai rantai ini selalu. Jangan lupa, kita pasti akan berjumpa lagi. Saya harap." jawab Lisa menangis.

"Berhentilah menangis. Pasti kita berjumpa nanti, trust me. okay? Bye."

"Bye Ikmal."

8 tahun kemudian..

"Yumi! Jangan tingalkan saya!" teriak Syakirah.

"Cepatlah Syakirah, Faiz sudah menunggu di depan" balas Ayumi sambil menjeling. Mereka pun terus berjalan dan duduk di bangku yang disediakan. Syakirah melihat rantai yang tergantung dengan cantiknya di leher Ayumi.

"Yumi, cantiklah rantai itu. Dimana awak beli?" tanya Syakirah sambil memegang rantai itu.

"Oh thanks. Rantai ini bukan saya beli. Kawan lama saya yang beri. Ah, saya sangat merinduinya." balas Ayumi.

"Wow, siapa?"

" Saya lupa namanya. Yang pastinya dia adalah seorang lelaki dan half daripada rantai ini masih ada tempatnya." jawab ayumi. "Itu dia Faiz, jom kesana."

"Jom."