SHIN REE berdiri. "Awak hendak ke mana?" tanya Min Ji. Shin Ree menoleh.
"Awak nak minuman?" tanya Shin Ree. Min Ji mengangguk. "Saya buatkan. Saya ke dapur dulu yee." Shin Ree terus pergi ke dapur tanpa menoleh muka Min Ji.
Shin Ree mengambil susu manis dan Milo. Tiba - tiba telefon Shin Ree bebunyi. Dia mengambil telefonnya dan telefon itu tertera nama Ki Bum. Dia mengangkat. "Helo?"
"Shin Ree!" Ki Bum berkata dari telefon. "Boleh tak saya ke rumah awak sebentar?"
"Huh? Boleh awak di persilakan." Shin Ree membalas.
Shin Ree memutuskan panggilan. Dia mengambil Milo yang baru dibuatnya dan masuk ke
bilik tamu. Kelihatan Min Ji sedang menunggu dia.
"Lambat sangat awak membuat minuman?" tanya Min Ji. Shin Ree mengangguk.
"Maaf kerana lambat, tadi Ki Bum menelefon saya." kata Shin Ree. "Nah, silakan minum"
Min Ji meneguk Milo yang baru dibuat oleh Shin Ree tadi. Tiba - tiba mereka terdengar bunyi ketukan pintu.
"Siapa tu?" Min Ji menyimpan minumannya ke atas meja.
Shin Ree menggeleng kepalanya. "Saya pun tidak tahu. Sekejap, saya buka pintu dulu yerr"
Shin Ree berlari ke pintu. Dia membuka pintu dan, nampak Ki Bum dan Wu Chu berdiri depan pintu Shin Ree. Mereka kelihatan keletihan.
"Kenapa ni?" Shin Ree bertanya. Hairan dia melihat Ki Bum dan Wu Chu.
"Huu, kami letih bekas jogging tadi. Sekarang kami hendak mencari Atashi." Wu Chu menjawab.
"Maksud kami," Ki Bum pula menyambung percakapan Wu Chu. "ATASHI, HILANG!"
"APAAA???" Shin Ree beteriak. Ki Bum, Wu Chu dan Min Ji menutup telinga, boleh pekak manusia jika mendengar teriakkannya setiap hari!
"Sekarang, kami hendak mencari Atashi." Wu Chu kata, sekaligus hendak memberhentikan Shin Ree yang sedang beteriak. " Awak mahu join?"
"Dah tentu, saya kan kawan baik dia." Shin Ree menoleh Min Ji. "Min Ji, awak mahu join x?"
Min Ji mengangguk. Shin Ree menyenyitkan matanya, kerana dia tahu sebenarnya Min Ji menyimpan hati terhadap Atashi.
Mereka keluar dari rumah Shin Ree. Lalu mereka mencari Atashi sepanjang jalan itu. Tiba - tiba mereka terlihat seseorang berdiri di depan.
"Itu bukankah MinHa?" tanya Wu Chu. Mereka semua mengangguk. Lalu mereka pergi ke arah Min Ha berada.
"Awak buat apa kat sini Min Ha?" tanya Ki Bum. "Dan, awak nampak Atashi?"
Min Ha menarik nafasnya. "Saya hanya menghirup udara segar di kawasan baru." lalu dia menoleh Ki Bum. "Atashi? bukankah dia berada di sana?"
"Oh, terima kasih Min Ha." kata Shin Ree. "Boleh awak ikut sekali?"
Min Ha mengangguk. Mereka pergi ke tempat yang Min Ha tunjuk tadi. Kelihatan Atashi sedang duduk - duduk di bangku kerusi.
"NAHH, ini kamu. Kamu dari mana saja, ha? Letih saya menunggu. Berani awak tinggalkan saya sendirian.!" Atashi beteriak.
"Ha ha, siapa suruh awak meninggalkan kami?" Wu Chu gelak. "Sekarang, balik!"
Mereka semua ketawa. Atashi hanya membuat muka masam.
...
SHIN REE berdiri depan pintu, menunggu geng nya. Tiba - tiba dia terasa seseorang memegang dia dari belakang. Dia mengira itu ialah Ki Bum, kerana memang Ki Bum suka mengejutkan dia. Tetapi ketika dia menoleh ke belakang, rupanya dia ialah Min Ha...
"Eh, Min Ha? Apa awak buat kat sini?" tanyanya. Min Ha tersenyum.
"Hehe, saya hendak melihat sekeliling sekolah baru ini." katanya. "Awak di sini? Sendiri? Kenapa?"
Shin Ree membalas senyumannya. "Oh, saya hanya menunggu Ki Bum. Awak hendak jalan - jalan di sekitar sini?"
Min Ha mengangguk. Tiba - tiba Ki Bum mengejutkan mereka. "Hey, jom duduk kat sana!" Min Ha dan Shin Ree hanya mengikut arahan Ki Bum.
Sedang mereka sibuk becerita, tiba - tiba Wu Chu ternampak rantai yang tergantung di leher Shin Ree. "Shin Ree. Rantai apa tu?" katanya.
"Oh ini, ini rantai yang kawan saya bagi..." katanya. "Hadiah Ki Bum! Haha"
"Haha, awak simpan masih yerr" Ki Bum ketawa. Tiba - tiba lonceng berbunyi. Mereka berlari ke kelas mereka masing - masing.
Tatacara Swa Terbit E-book Dan Permohonan EISBN
4 years ago
0 koments~:
Post a Comment