Thursday 13 May 2010

You're Mine ;))

"HAHAHA" Gee Shin Ree ketawa dengan kuatnya. Sehingga kelas sebelah pun terdengar ketawa Shin Ree.

Tiba - tiba ketawanya terhenti ketika pintu kelas dibuka. " Awak buat bising lagi, Shin Ree?"

Shin Ree hanya terdiam. Sudah beberapa kali dia dimarahi oleh cikgu kerana berbuat bising. Tetapi cikgu tidak memperdulikkan Shin Ree buat kali ini, memang aneh. Tiba - tiba pintu kelas Shin Ree di ketuk. Seorang murid lelaki, kelihatan kacak berdiri di depan pintu.

"Perkenalkan, ini ialah murid baru di sekolah kita. Min Ha, perkenalkan diri kamu." Cikgu memberitahu mereka.

"Nama saya Lee Min Ha. Tetapi kamu semua boleh panggil saya Min Ha. Diharap kamu semua boleh menerima kehadiran saya" Min Ha tersenyum sambil memperkenalkan dirinya.

"Min Ha, kamu duduk sebelah gadis itu. Namanya Shin Ree." cikgu menunjuk Shin Ree.

"SAYAAAA???" Shin Ree jerit.

"Shin Ree, diam." cikgu tidak memperdulikan Shin Ree.

Min Ha berjalan menuju Shin Ree. Lalu dia duduk sebelah Shin Ree.

Ketika mereka sibuk belajar, Shin Ree tidak dapat menumpukkan perhatiannya terhadap apa yang cikgu ajar. Dia hanya termenung melihat Min Ha yang kacak.

Tibanya waktu rehat, Shin Ree menunggu sahabat - sahabatnya. Mereka ialah Sang Ki Bum, Jang Wu Chu dan Atashi. Mereka bersahabat sejak kecil lagi, dan mereka dinamakan kumpulan 'SSJA' yang bermaksud Shin Ree, Sang Ki Bum, Jang Wu Chu dan Atashi.

"Heii," suara itu mengejutkan Shin Ree. Ki Bum tersenyum melihat Shin Ree yang terkejut itu. "Wu Chu dan Atashi sedang tunggu kita kat kantin. Jom kantin" Shin Ree hanya mengikut kata - kata Ki Bum.

Sampai saja mereka di kantin, kelihatan Wu Chu dan Atashi menunggu mereka. Mereka membeli makanan dan mencari tempat untuk makan bersama.

"Eh, Shin Ree. Benar ke kelas awak ada orang baru?" Wu Chu bertanya kepada Shin Ree yang tengah makan. Shin Ree menggangguk. "Saya hendak melihat mukanya. Siapa kacak? Saya ke dia?" gurau Wu Chu.

"Hehh, dia lebih kacak. Hahha" Shin Ree membalas kata - kata Wu Chu. Wu Chu hanya membuat muka sedih. Shin Ree ketawa.

"Shin Ree, boleh tunjukkan tak murid baru tuu? Dan siapa namanya?" Atashi menyampuk.

"Boleh boleh boleh, nama dia ialah.... Lee Min Ha..." Shin Ree kata.

Selesai saja mereka makan, mereka berjalan menuju kelas Shin Ree. Shin Ree menunjuk Min Ha yang sedang duduk - duduk. Shin Ree memanggil Min Ha.

"Min Ha!" Shin Ree panggil. Min Ha hanya menoleh Shin Ree.


"Ya? Ada apa?" Min Ha membalas panggilan Shin Ree. Shin Ree dan geng nya menuju ke tempat duduk Min Ha.

"Kawan saya mahu berkenalan dengan awak." Shin Ree tersenyum sinis. Ki Bum, Wu Chu dan Atashi terkejut.

"Manalah ada!" Ki Bum menjerit.

"Jangan percaya cakap dia!" Wu Chu menyambung jeritan Ki Bum. Atashi hanya diam dan ketawa.

"Tak apalah." Min Ha tersenyum. " Kita boleh menjadi kawan."

Mereka semua tersenyum. Lalu tertawa. Mereka pun bercerita - cerita.



....


KI MIN JI duduk di sofa bersebelahan dengan Shin Ree. Min Ji duduk keletihan sambil meminum minuman 100plusnya.

"Dengar kata kelas awak menerima kehadiran murid baru?" Min Ji bertanya. Shin Ree hanya mengangguk kepalanya. "Siapa namanya? Hensem tak?" Min Ji ketawa kecil. Shin Ree juga turut ketawa.



p/s Okey tak cerita saya? HEHE :) jujur k

0 koments~: